Guna semula barangan kitar semula
Penggunaan semula produk boleh didefinisikan sebagai menggunakan bahan terpakai dengan mengekalkan bentuk asalnya atauharianpun dengan mengubah bentuk asalnya. Bekas-bekas tersebut digunakan sebagai penggantian kepada pembelian produk baru. Secara tidak lansung, aktiviti guna semula dapat menjimatkan kos pembelanjaan
bagi mereka yang mempunyai bakat dalam seni kreativiti, bahan-bahan ini boleh diolah menjadi sesuatu yang bermanfaat yang kemudiannya boleh dijadikan hobi untuk mengisi masa luang. Malah ada juga yang beroleh pendapatan hasil daripada gubahan bahan terpakai.
Aktiviti kitar semula barangan
Kertas surat khabar
Tayar terpakai
Penggunaan tayar terpakai sebagai hiasan rumah adalah salah satu contoh diy barangan terpakai yang paling mudah. Tayar yang tidak digunakan dapat dikitar semula dengan menanam tumbuhan bunga di dalam tayar tersebut. Seterusnya tayar tersebut boleh dicat semula agar nampak lebih ceria dah dapat dihiasi di halaman luar rumah. Selain itu, tayar tersebut juga boleh dijadikan hiasan di dalam rumah seperti tempat meletakkan payung.
Botol Plastik
![]() |
Penduduk di perkampungan yelwa membina rumah menggunakan botol plastik |
Botol plastik juga dapat diguna semula. Bagi seseorang yang mempunyai idea yang kreatif, botol plastik dapat digunakan untuk menanam sayuran di rumah seperti daun kucai, daun bawang dan lain-lain lagi. Penggunaan botol plastik ini akan menjimatkan kos untuk membeli pasu. Selain itu, penduduk sebuah kampung di Nigeria telah membina rumah idaman mereka menggunakan botol plastik. Hasil daripada penggunaan tersebut telah menghasilkan sebuah rumah idaman mereka.
![]() |
Botol plastik yang diguna semula sebagai bekas tanaman |
No comments:
Post a Comment