Monday, 24 April 2017

Kitar Semula

Definisi kitar semula

Kitar semula ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai.
Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

Bahan - bahan yang boleh dikitar semula

Kertas

  • Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.
  • Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.
  • Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih, kertas komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan kertas nota putih.
  • Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang terhasil dari pejabat termasuklah yang berwarna putih dan juga warna-warna lain seperti suratkhabar, fail, sampul surat dan buku. Kertas ini dikategorikan sebagai kertas yang mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya mempunyai harga pasaran yang agak rendah

Kaca
  • Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.
  • Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT
  • Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk.Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima.
  • Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu
 Logam

  • Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.
  • Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA
  • Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula.
  • Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium
  • mempunyai harga pasaran yang tinggi.•Pengumpulan bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam dan keadaan pasaran tempatan.
 Plastik

  • Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.
  • Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.
  • Kitar semula plastik adalah industri yang masih baru dandijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi.
  • Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yanglebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasinganplastik mengikut jenis terlebih dahulu.
  • Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu

No comments:

Post a Comment

Bahan - bahan lain yang berkaitan

PENGGUNAAN TONG KITAR SEMULA Terdapat 3 jenis tong sampah kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk membuang sisa ya...