Sunday, 30 April 2017

Bahan - bahan lain yang berkaitan




PENGGUNAAN TONG KITAR SEMULA

Terdapat 3 jenis tong sampah kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk membuang sisa yang boleh dikitar semula. Tong-tong sampah kitar semula ini diwarnakan biru, coklat, dan jingga bagi melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong sampah kitar semula terdapat di dalam saiz 80 liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter.

Tong sampah kitar semula biru untuk semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak kadbod tidak termasuk kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/alumunium, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor.

Sila klik link di bawah untuk menyaksikan video lagu animasi kanak - kanak tentang penggunaan tong kitar semula ↓





Image result for kesan tidak mengamalkan kitar semula















Laporan Pertandingan

Image result for smk dato mahmud paduka raja 1 tanah merah

JAWATANKUASA KITAR SEMULA 

Penyelaras              : Mustapha Bin Zain
Setiausaha              : Mariah Binti Omar

Ahli Jawatankuasa : Marissa Binti Husin
                               : Umairah Binti Yusuf
                               : Muhd Farin Bin Hassan
                               : Hafizal Bin Abdullah
                               : Eleynor Bin Noor
PROGRAM PERTANDINGAN KITAR SEMULA


OBJEKTIF:

1) Memberi pengetahuan kepada semua pelajar tentang kitar semula.
2) Memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula.
3) Memupuk semangat kerjasama pelajar-pelajar dalam bilik darjah.
4) Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar.
5) Menyenaraikan jenis-jenis bahan kitar semula.
6) Memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar untuk menjalankan aktiviti kitar semula.


STRATEGI PELAKSANAAN:
1) Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua pelajar semasa perhimpunan pagi.
2) Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.
3) Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahan-bahan kitar semula terbanyak dan berkesan.
4) Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini.
5) Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada hari penamat program ini.
6) Dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.

7)  Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar semula yang berjaya dikumpul oleh pelajar-pelajar di setiap kelas.


REFLEKSI:
1)Kekuatan Projek/ Aktiviti:
    Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk  dijadikan barangan baru yang berguna. Program Pertandingan Kitar Semula dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar sejak bangku sekolah lagi. Program Kitar Semula kali ini berpeluang mengurangkan bahan-bahan buangan pepejal (solid waste), mendidik pelajar-pelajar tentang cara yang betul untuk membuang sampah dan menanamkan sikap kepimpinan dan tanggungjawab antara murid-murid. Melalui taklimat ringkas yang diberi kepada pelajar-pelajar dapat membantu   mereka memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan isu kitar semula. Semua pelajar juga berkesempatan mengenali bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti yang disenaraikan. Selain itu, kami menyediakan plastik hitam bersaiz besar bersama labelnya untuk   membezakan kumpulan bahan-bahan kitar semula misalnya kertas, plastic dan tin-tin   aluminium. Pelajar-pelajar juga sedar akan kepentingan kitar semula seperti mengurangkan pencemaran, manambah pendapatan dan memupuk sikap jimat-cermat melalui risalah yang diberikan kepada setiap kelas. Mereka juga menggunakan  bahan kitar semula yang telah dikumpul dalam pertandingan rekacipta dengan bahan kitar semula semasa Hari  Kokurikulum. Bertitik-tolak   daripada manifestasi ini, jelas membuktikan  bahawa pelajar-pelajar memahami tujuan Program   Kitar Semula yang diadakan kali ini dan memberi sokongan penuh untuk menjayakannya.
     Dengan melaksanakan program kitar semula, sekolah mewujudkan persekitaran belajar yang   kondusif ataupun dikenali sebagai hands-on learning environment di mana pelajar dapat melatih dan meningkatkan sikap bertanggungjawab  terhadap  alam  sekitar  dan   juga   menjadi  rakyat  yang   mempunyai perilaku mulia dengan mengurangkan penggunaan sumber. Sementara itu, kami juga menganjurkan pertandingan Pengumpulan Bahan-bahan Kitar Semula antara kelas dengan   menyediakan ganjaran kepada kelas yang berjaya mengumpul bahan kitar semula terbanyak.   Pertandingan ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap kepimpinan dan kerjasama pelajar-pelajar dimana ketua kelas akan membahagikan kerja kepada murid lain supaya mengumpul bahan-bahan terpakai yang berlainan kategori untuk kelas masing-masing. Melalui pemerhatian saya selama 2 minggu ini, penglibatan murid dalam program ini adalah sangat aktif kerana mereka   sanggup mengumpul semua botol-botol plastik atau tin-tin aluminium walaupun di luar kawasan sekolah. Hal ini menunjukkan pelajar-pelajar mula menyedari tanggungjawab mereka agar   tidak membuang sampah merata-rata tempat sesuka hati dan amalan memelihara dan memulihara alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli.

2)Kelemahan Projek/ Aktiviti:
     Apa yang difahami oleh pelajar dalam dua minggu ini adalah bahan-bahan yang boleh dikitar   semula dan tujuan mereka ialah memastikan kelas mereka menang dalam pertandingan Pengumpulan Bahan Kitar Semula. Oleh itu, pelajar-pelajar telah membawa semua suratkhabar lama, kertas-kertas bercetak, botol plastik dan sebagainya ke kelas masing-masing untuk   memenuhkan plastik kitar semula yang diberi kepada setiap kelas. Info berkaitan penggunaan   semula bahan-bahan kitar semula juga tidak disampaikan oleh semua pelajar.  Oleh itu, Program Kitar Semula kali ini kami hanya sempat menyampaikan maklumat asas tentang kitar semula   kepada pelajar-pelajar dimana aktiviti ini sebenarnya perlu diteruskan pada jangka masa yang panjang dan dimana-mana jua anda berada.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
        Menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah lumayan kepada mereka yang berjaya menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula bahan-bahan secara berkesan. Pertandingan yang diadakan hendaklah meliputi cadangan kaedah pengurangan bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada alam sekitar. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan   semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut   kualiti dan bukannya kuantiti. Ganjaran seperti kupon diskaun membeli buku di koperasi sekolah   boleh diberikan kepada mereka yang banyak menyumbang demi menjayakan program kitar semula. Aktiviti pengumpulan bahan-bahan kitar semula boleh dijadikan tabiat setiap warga sekolah dengan menyediakan tong-tong sampah kitar semula yang sesuai agar setiap orang dapat membuang   sampah mengikut kategori yang sesuai dan mengurangkan pencemaran di sekitar sekolah. Selain   itu, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kantin sekolah agar mengelakkan penggunaan plastik   atau polisterin dan menyeru pelajar-pelajar membawa bekas sendiri ke sekolah begitu juga dengan   botol air. Maklumat berkaitan dengan kitar semula seperti pengenalan, kepentingan, barang-barang   kitar semula dan sebagainya harus ditampal di setiap sudut sekolah untuk mengingati semua warga sekolah dari semasa ke semasa. Akhir sekali, program kitar semula perlulah disertai oleh semua warga sekolah bersama-sama agar mendapat sambutan yang baik dan berjaya.


KESIMPULAN:
        Semua pelajar mempunyai pengetahuan am terhadap bahan yang boleh dikitar semula dan diguna semula. Mereka memahami bahawa mempraktikkan kitar semula merupakan satu amalan   yang baik, cinta terhadap alam sekitar, sebagai menyahut seruan kerajaan, menjadi insan yang   mulia dan bertanggungjawab serta sebagai contoh kepada orang lain. Kesedaran ke atas kepentingan kitar semula agak tinggi dikalangan pelajar-pelajar sekolah ini.  Amalkan konsep kitar   semula selangkah demi selangkah untuk memelihara ruang hidup kita dan wujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat. Tunjukkan kesungguhan dan usaha anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda.

Disediakan oleh,                                                                         Disemak oleh,
_______mariah__________                                               ______mustapha_____
(MARIAH BINTI OMAR)                                                              (MUSTAPHA BIN ZAIN)  
Setiausaha,                                                                                    Penyelaras,
Jawatankuasa Kitar Semula,                                                       Jawatankuasa Kitar Semula,
SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1)                                       SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1)

Diisahkan oleh,
                aliche     
(CHE ALI BIN CHE KOB)
Pengetua,
SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1)

Berita Kitar Semula




Kempen kitar semula semakin dapat sambutan

Affandi Hamzah (kiri) memakaikan lencana integriti kepada anggota penguat kuasa PPSPPA Kelantan di Kota Bharu, baru-baru ini.
KOTA BHARU 12 Mei - Kempen kitar semula yang dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Kelantan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negeri ini .
Pengerusinya, Datuk Affandi Hamzah berkata, peningkatan kesedaran mengenai pentingnya kitar semula ini dapat dilihat melalui sambutan terhadap program yang dianjurkan oleh pihaknya.
"Jika sebelum ini program yang dianjurkan oleh pihak kami banyak tertumpu kepada peringkat sekolah, namun kita telah meluaskan pelaksanaannya kepada golongan dewasa melalui kempen-kempen kesedaran.
"Kita akan terus memperkasakan program ini melalui pelbagai pendekatan dalam usaha menarik lebih ramai rakyat di negeri ini untuk turut sama terlibat dalam menjayakan program kitar semula," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Penganugerahan Lencana Integriti kepada penguat kuasa PPSPPA negeri di sini kelmarin.
Pada majlis tersebut seramai 33 anggota penguat kuasa PPSPPA dari seluruh negeri menerima lencana tersebut.
Mengulas mengenai majlis tersebut, Affandi memberitahu, penganugerahan lencana tersebut akan memupuk semangat integriti dalam diri setiap anggota ketika menjalankan tugas tanpa mengira latar belakang.
"Sebagai penjawat awam, mereka perlu menjadikan integriti sebagai amalan kerana ia akan memberikan satu imej yang baik bukan sahaja kepada anggota, malah kepada jabatan.
"Secara tidak langsung akan meningkatkan lagi tahap kecekapan anggota dalam melaksanakan setiap amanah yang telah diberikan," ujarnya.

Bahan - bahan lain yang berkaitan

PENGGUNAAN TONG KITAR SEMULA Terdapat 3 jenis tong sampah kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk membuang sisa ya...